Bahasa Melayu

Hebei Bantu Tiemenguan Tingkatkan Taraf Perubatan

CRI2020-09-14 14:40:40
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

Hospital Ketiga Universiti Perubatan Hebei telah menghantar petugas-petugas kesihatan ke bandar Tiemenguan, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang untuk berkhidmat di Hospital Rakyat Tiemenguan sejak ditubuhkan pada Ogos, 2018.

Langkah sedemikian dijalankan provinsi Hebei untuk membantu meningkatkan taraf perubatan dan kesihatan sekali gus mengatasi kesukaran rakyat tempatan akibat kekurangan warga dan kemudahan perubatan.

Sejak bangunan pesakit luar siap dibina dan dirasmikan, hospital ini telah menerima lebih 15,000 orang pesakit yang berbilang etnik dan sebahagian besasrnya dari kawasan sekitar bandar Tiemenguan.

Sementara itu, pakar perubatan dari provinsi Hebei yang bertugas di sini juga memberi kursus kepada ahli perubatan tempatan supaya meningkatkan taraf perubatan hospital di Tiemenguan ini.

Seramai 150 orang telah menyertai kursus berkenaan setakat ini.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn